LONDON – Pengendali England, Thomas Tuchel percaya impian Harry Kane untuk mencapai angka 100 gol bersama The Three Lions dalam ‘genggaman’ selepas meledak 87 jaringan di pentas antarabangsa setakat ini.
Menurut Tuchel, tiada sebab untuk meragui kemampuan penyerang berusia 33 tahun itu merealisasikan sasaran tersebut kerana Kane hanya memerlukan 13 gol lagi untuk mencapai angka keramat 100 gol.
“Dia semakin hampir untuk mencapai angka tersebut. Tinggal 13 gol, (mungkin) 13 perlawanan lagi,” katanya.
Mengulas lanjut, Tuchel percaya ketajaman Kane di depan gawang berada pada tahap tertinggi sehingga England tidak mungkin mencari pemain yang mempunyai ciri sama untuk menggantikannya selepas ini.
“Dia pemain yang luar biasa tidak kira selaku penggempur pasukan. Anda tidak akan menemui Kane yang kedua.








