Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 18 Sept yang dinyahklasifikasi mendedahkan Dusuki Mokhtar dan Hannah Yeoh membantah cadangan supaya Najib Razak menjalani tahanan rumah.PETALING JAYA: Tiada unsur derhaka dalam tindakan peguam negara dan menteri wilayah persekutuan membantah cadangan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani tahanan rumah menerusi pengampunan bersyarat, kata seorang peguam.

Zainul Rijal Abu Bakar berkata Peguam Negara Dusuki Mokhtar dan Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh diminta mengemukakan pandangan masing-masing oleh Yang di-Pertuan Agong selaku pengerusi Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (FTPB).

"Menyuarakan pandangan berbeza, termasuk tidak bersetuju dengan sesuatu cadangan, adalah sebahagian daripada tanggungjawab mereka sebagai ahli lembaga, bukannya tindakan ingkar atau tidak setia kepada institusi diraja," katanya di Facebook.