Naib Presiden PKR Zaliha Mustafa tegaskan sikap saling menghormati dan mempercayai itu penting sebagai rakan gabungan, bukan 'guna ketika perlu'.PETALING JAYA: PKR tidak akan membelakangkan DAP demi memikat sokongan pengundi Melayu, kata Naib Presiden Dr Zaliha Mustafa ketika menolak cadangan menghidupkan semula kerjasama ala-Barisan Alternatif (BA).
Zaliha berkata, DAP merupakan rakan setia PKR sejak era BA, Pakatan Rakyat sehinggalah ke Pakatan Harapan (PH), dan kesetiaan itu tidak akan dikorbankan demi percaturan politik.
"Kita telah lalui pelbagai jatuh bangun bersama, daripada siri kekalahan, kemenangan PRU14, kejatuhan kerajaan pada 2020 sehinggalah kembali membentuk kerajaan selepas PRU15. Dalam susah dan senang, kita tetap bersama.






