MELAKA: Politik Melayu perlu kembali tertumpu kepada dua parti besar iaitu UMNO dan PAS bagi mengelakkan perpecahan berterusan yang dilihat melemahkan kedudukan masyarakat itu sejak 2018.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Hasnoor Sidang Hussin berkata, kewujudan terlalu banyak parti politik Melayu menyebabkan masyarakat itu berpecah kepada kelompok lebih kecil sehingga menjejaskan kekuatan mereka dalam landskap politik negara.

Menurutnya, penyatuan politik Melayu penting bagi mempertahankan kedudukan agama Islam, bangsa, institusi Raja-Raja Melayu dan negara.

"Sejak 2018, orang Melayu berpecah kepada banyak parti sehingga kumpulan-kumpulan kecil ini dalam kelompok Melayu menyebabkan orang Melayu lemah dari sudut politik.