Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda berkata, kerjasama politik boleh dibincangkan antara parti tanpa mengira prestasi mereka dalam pilihan raya. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Amanah menyifatkan tidak pelik jika PAS dipelawa menyertai kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sebaliknya mempersoalkan mengapa langkah seumpama itu dianggap janggal oleh parti berkenaan.
Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda berkata, cadangan PAS menyertai kerajaan sebenarnya datang daripada bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rosli Yaakop.
“Itu bukan cadangan dari Amanah sebaliknya oleh ahli PAS sendiri (Rosli). Khalid Samad hanya respon menyokong cadangan tersebut,” katanya ketika dihubungi FMT.
Pada 11 Nov lalu, Rosli yang kembali menyertai PAS selepas bersama Amanah dilapor berkata banyak perkara yang parti itu boleh pelajari daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, khususnya berkenaan pengurusan ekonomi dan diplomasi antarabangsa.






