Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu kes kematian seorang pelajar Tingkatan 3 di Perak disiasat secara menyeluruh, telus dan segera. (Gambar PMO)KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kematian seorang pelajar Tingkatan 3 di sebuah sekolah di Perak.

Beliau berkata tiada sebarang aspek harus diketepikan agar keadilan dapat ditegakkan dan kejadian seumpama itu dapat dicegah daripada berulang.

Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

"Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini. Al-Fatihah," kata beliau di Facebook.