Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kematian pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Perak, hari ini.
Anwar berkata, tiada sebarang aspek harus diketepikan supaya keadilan dapat ditegakkan dan memastikan kejadian seumpama itu dapat dicegah daripada berulang.
"Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia dalam kawasan sekolah itu, hari ini.









