Kota Bharu: Dua kali panggilan telefon dibuat, namun kedua-duanya tidak dijawab suaminya sehinggalah Khalidah Adilah Zainudin dimaklum supaya ke lokasi kemalangan yang dikatakan membabitkan insan kesayangannya itu.
Bagaimanapun luluh hati wanita itu apabila mendapati suaminya, Muhamad Alimi Kamarudin, 35, yang juga anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu meninggal dunia akibat kemalangan di Pulau Melaka.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, koperal polis terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Marak.
Khalidah Adilah, 31, berkata, arwah suaminya sempat menghubungi dia pada 3 petang dan memberitahu akan pulang ke rumah selepas selesai tugas.










