Sungai Siput: Lelaki warga emas maut dipercayai diserang harimau belang ketika mencari buluh di kawasan hutan Lata Serai, Kampung Bawong, di sini.

Berkongsi perkara itu di Facebook, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, mangsa Ngah Itam, 65, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohd Zolkafly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang berkata, terdahulu beliau menerima maklumat kejadian daripada Ketua Balai Polis Lintang selepas selesai Mesyuarat Penyelarasan MEXCLUB Kali Ke-62 di Desaru, Johor.

"Ini adalah kejadian kedua yang mengorbankan nyawa penduduk akibat serangan harimau di kawasan Sungai Siput dalam tempoh dua bulan.