KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Perak hari ini.Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, tiada sebarang aspek harus diketepikan agar keadilan dapat ditegakkan dan kejadian seumpama itu dapat dicegah daripada berulang.Pada masa sama, Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa."Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini. Al-Fatihah," kata beliau.Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Perak memaklumkan sedang memantau perkembangan insiden itu secara dekat dan telah mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis.Jabatan itu juga telah menyelaras supaya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada murid, guru dan warga sekolah yang terkesan bagi memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya. - Bernama
PM arah siasatan menyeluruh, telus kes kematian pelajar di Perak

Key takeaways
Perdana Menteri memerintahkan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di Perak.
- PM meminta siasatan dilakukan tanpa mengabaikan sebarang aspek.
- Jabatan Pendidikan Perak memantau insiden tersebut secara dekat.
- Keluarga mangsa diberi doa dan sokongan dalam masa sukar ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Polis buat siasatan menyeluruh video tuduh anggota ambil duit
- Utusan Malaysia PDRM diarah laksana siasatan menyeluruh insiden anggota diserang
- Utusan Malaysia PM arah tindakan segera tangani banjir di Selangor
- Sinar Harian PM arah siasatan menyeluruh, telus kes kematian pelajar di Perak (this story)









