SHAH ALAM - Kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran kawasan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, Perak disahkan berfungsi dengan baik.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, oleh itu rakamannya telah diserahkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.Menurutnya, pemeriksaan bedah siasat oleh pihak forensik pula dijadualkan pada jam 9 pagi esok"Saya memandang serius kejadian ini dan telah mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus."Beberapa pentadbir dan guru sekolah berkenaan telah diberikan pelepasan tugas sementara bagi membantu siasatan."Bagi menjaga kesejahteraan warga sekolah, murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan akan dibenarkan pulang pada hari Jumaat, 20 November 2026. Bantuan psikososial juga telah diberikan kepada mereka yang terkesan," ujarnya menerusi laman Facebook pada Rabu.Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 6 petang itu, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bangunan sekolah berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: PM arah siasatan menyeluruh, telus kes kematian pelajar di PerakKematian pelajar SBP: Kerajaan Perak zahir takziah, minta JPN sedia laporan penuh insiden Kematian pelajar SBP: JPN arah sekolah beri kerjasama penuh siasatan polis Pelajar Tingkatan 3 SBP ditemukan maut dalam sekolah Tambah Fadhlina, beliau turut mengarahkan Jemaah Nazir hadir ke sekolah esok untuk meneliti aspek pengurusan dan pematuhan tatacara keselamatan.Pada masa sama Fadhlina menegaskan bahawa KPM tidak akan berkompromi terhadap sebarang kecuaian atau pelanggaran tatacara keselamatan sekiranya terbukti melalui hasil siasatan."Saya menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa."Berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan. Semoga keluarga mangsa terus diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini," katanya.Beliau turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga."Saya amat memahami betapa beratnya kehilangan seorang anak. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan yang sedang ditanggung keluarga mangsa," ujarnya.
Kematian pelajar SBP: Rakaman CCTV diserahkan kepada polis - Fadhlina Sidek

Key takeaways
Kamera CCTV di kawasan kematian pelajar diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan.
- Kamera CCTV berfungsi baik dan diserahkan kepada polis.
- Menteri Pendidikan meminta kerjasama penuh untuk siasatan yang telus.
- Murid yang tidak terlibat peperiksaan dibenarkan pulang pada 20 November 2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Pelajar dipercayai ditemukan meninggal dunia dalam SBP
- Harian Metro Pelajar SBP di Kuala Kangsar ditemui maut
- Free Malaysia Today PM mahu siasatan menyeluruh kes kematian pelajar
- Sinar Harian Kematian pelajar SBP: Rakaman CCTV diserahkan kepada polis - Fadhlina Sidek (this story)








