KUALA LUMPUR - Sempena ulang tahun ke-40, jenama gaya hidup wanita berprestij, NONA, menganjurkan NONA Gala Awards 2026 bagi meraikan legasi, mengiktiraf ikon dan mengangkat kecemerlangan wanita Malaysia merentas generasi.Bertemakan Glam Ruby Jubilee, majlis bersempena sambutan Jubli Delima itu berlangsung di Taming Sari Grand Ballroom, Royale Chulan, di sini pada Rabu.Ketua Pegawai Eksekutif seeNI, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, sambutan Jubli Delima membawa makna yang lebih besar daripada sekadar meraikan usia sebuah jenama.Menurutnya, tempoh 40 tahun merupakan satu pencapaian yang cukup bermakna buat NONA."Sepanjang perjalanan ini, NONA bukan sahaja menjadi saksi kepada perubahan dunia wanita, malah turut memainkan peranan dalam meraikan kejayaan, kepimpinan dan sumbangan mereka kepada masyarakat."Seiring dengan pendekatan kandungan berteraskan manfaat atau benefit-led content yang kami bawa di seeNI, kami percaya setiap kisah yang dikongsikan harus mempunyai nilai yang lebih daripada sekadar menarik perhatian."Justeru, menerusi NONA Gala Awards 2026, kami bukan sahaja meraikan pencapaian, tetapi turut mengangkat kisah ketabahan, pengorbanan dan keberanian di sebalik setiap kejayaan," katanya.Turut hadir ialah Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.Lebih istimewa, sempena sambutan Jubli Delima, NONA turut memperkenalkan dua kategori baharu, iaitu NONA Rising 40 Under 40 dan NONA People's Choice Icons of the Year, bagi memberikan pengiktirafan kepada bakat muda serta figura inspirasi pilihan masyarakat.Bagi kategori People's Choice Award, penyanyi dan pelakon Bella Astillah serta Hussain Jamilul Hayat dipilih sebagai penerima anugerah tersebut.Antara penerima pengiktirafan lain ialah Puan Sri Tiara Jacquelina yang menerima NONA Icon of the Arts Award, Dr Fauziah Mohd Hasan (NONA Superwoman Award) dan Sarjan Mejar Emma Firyana Saroji (NONA Sports Icon Award).Pengiktirafan itu merangkumi pelbagai bidang termasuk kepimpinan, keusahawanan, seni, fesyen, sukan dan sumbangan kemasyarakatan, sekali gus menghargai individu yang memberikan impak bermakna kepada masyarakat.Tambah Syamil Fahim, program berkenaan turut membawa mesej inspirasi dan nilai positif yang diharapkan dapat disampaikan kepada masyarakat.Sementara itu, Ketua Kandungan seeNI, Farah Zainul berkata, generasi muda yang sedang mencipta nama dan membina legasi sendiri turut diraikan menerusi pengiktirafan NONA Rising 40 Under 40.Menurutnya, menerusi NONA People's Choice Award pula, peminat NONA diberikan ruang untuk turut meraikan ikon pilihan mereka melalui undian dalam talian."Kedua-dua inisiatif ini mencerminkan bagaimana NONA terus berkembang, menghargai legasi terdahulu sambil memberikan ruang kepada suara dan aspirasi generasi baharu."Kepada seluruh pasukan editorial NONA, pasukan seeNI, para pembaca setia, rakan industri dan semua yang telah bersama-sama membina legasi ini, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan 40 tahun yang cukup be
NONA Gala Awards 2026 raikan ikon wanita Malaysia, Bella Astillah raih People's Choice Award

Key takeaways
NONA Gala Awards 2026 diadakan untuk meraikan wanita Malaysia, dengan Bella Astillah memenangi People's Choice Award.
- NONA mengadakan gala untuk menyambut ulang tahun ke-40 jenama mereka.
- Acara ini bertemakan Glam Ruby Jubilee dan diadakan di Kuala Lumpur.
- Bella Astillah memenangi People's Choice Award dalam acara tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian NONA Gala Awards 2026 raikan ikon wanita Malaysia, Bella Astillah raih People's Choice Award (this story)









