PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen menggesa kerajaan memastikan langkah penjimatan atau peningkatan hasil negara yang dilaksanakan bagi mengimbangi liabiliti kerajaan, yang kini mencecah RM1.653 trilion pada 2025, tidak membebankan golongan B40 dan M40.
Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) berkata disiplin fiskal yang hendak dilaksanakan kerajaan mestilah berjalan seiring dengan keadilan sosial.
"Jangan sampai kita terlepas pandang akan kuasa beli rakyat yang semakin hari, semakin menipis dompetnya," katanya semasa membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2026 di Dewan Rakyat.





