PETALING JAYA– Niat mahu bersimpati terhadap seorang wanita yang didakwa mencuri beberapa paket serbuk kopi dari sebuah kedai, bertukar sebaliknya apabila jumlah barangan yang diambil mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah kedai di kawasan Pokok Nangka, Kuantan, Pahang sebelum video kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, beberapa kakitangan kedai dilihat menahan seorang penunggang motosikal yang membawa seorang kanak-kanak, sebelum menemui sejumlah paket serbuk kopi dipercayai diambil dari premis berkenaan.

Barangan berkenaan kemudiannya dikeluarkan dan diletakkan di atas meja, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi netizen terhadap tindakan wanita terbabit.