Bekas Ahli Parlimen Wong Chen dan Lee Chean Chung keluar PKR baru-baru ini selepas akses kepada sistem peruntukan kawasan e-Khas dibatalkan, namun Rodziah Ismail (Ampang) kekal bersama parti.

PETALING JAYA: PKR perlu menyelesaikan pertikaian peruntukan Parlimen termasuk mengadakan dialog bermakna bersama wakil rakyat serta pemimpin akar umbinya susulan tindakan empat Ahli Parlimen keluar parti tahun ini, kata penganalisis.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Wong Chen (Subang) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya) bertindak meletakkan jawatan serta meninggalkan parti sebagai membantah akses kepada sistem peruntukan kawasan MyKhas dibatalkan.

Keduanya merupakan pengkritik lantang terhadap hala tuju PKR dan sering dikaitkan dengan bekas timbalan presiden parti, Rafizi Ramli, yang turut keluar parti pada Mei, yang kini memimpin Bersama di samping bekas naib presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad.