Tennessee, Amerika Syarikat: Seorang banduan, Christa Pike, 50, kini kritikal dan menerima rawatan bagi menyelamatkan nyawanya di sebuah hospital di Nashville selepas terselamat daripada dua percubaan hukuman mati menerusi suntikan maut, Rabu lalu.

Peguamnya berkata, kegagalan pelaksanaan hukuman mati di Institusi Keselamatan Maksimum Riverbend itu sekali gus mencetuskan semula penelitian terhadap pelaksanaan hukuman mati di Amerika Syarikat (AS).

"Christa masih hidup ketika ini," kata Randall Spivey, seorang daripada peguam Pike yang menyaksikan percubaan hukuman mati itu kepada pemberita pada Khamis.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih belum mendapat maklumat mengenai keadaan kesihatan terkini atau jangkaan pemulihan anak guamnya.