redzuan.muharam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bergelar mualaf bukan halangan untuk Adam Tan menyebarkan dakwah di jalanan.

Biarpun seorang yang 'introvert,' Adam, 30, mencabar dirinya keluar dari zon selesa untuk menyebarkan syariat Islam di tengah ibu kota iaitu dekat Bukit Bintang, di sini.

Sehingga kini, Adam sudah membantu mengislamkan kira-kira 100 saudara baharu dan lima daripadanya hasil usahanya berdakwah di jalanan.

Berkongsi pengalaman sebagai pendakwah jalanan, Adam berkata, dia tidak berseorangan namun bersama ahli lain yang bernaung di bawah Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa (MRM).