PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan) Saifuddin Abdullah menggesa budaya mengampu, fitnah dan manipulasi dalam politik digantikan dengan amalan berteraskan integriti bagi membangunkan demokrasi lebih matang di Malaysia.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata pendekatan berasaskan ilmu, hikmah dan bakti perlu menjadi teras kepada pembaharuan politik ketika sistem demokrasi berdepan pelbagai masalah termasuk rasuah, politik wang dan penyalahgunaan undang-undang.
"Ia bagi melawan politik ampu, merapu, fitnah, serakah dan manipulasi undi," katanya dalam tulisan bertajuk Demokrasi Matang vs Demokrasi Malang di ruangan Merentas Ruang diterbitkan Sinar Harian.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fhaze1_212661.png&w=480&output=webp&q=85&we)