Kuala Lumpur: Liputan rangkaian 4G akan diperluas ke semua kampung Orang Asli tahun hadapan menerusi Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Usaha itu bakal membabitkan pelaburan sebanyak RM5 bilion bagi memperkukuh ketersambungan Internet negara.

Inisiatif memperluas ketersambungan Internet itu akan meliputi kawasan di sepanjang 7,000 kilometer jalan raya dan 1,700 kilometer laluan rel kereta api, selain pelaksanaan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM).

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.