KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan konsep Malaysia Madani berteraskan nilai ihsan yang tidak mengenal sempadan bangsa.
Beliau berkata, nilai berkenaan sebenarnya telah lama mengakar dalam masyarakat dan dapat dilihat menerusi pelbagai kisah rakyat yang saling membantu tanpa mengira latar belakang.
“Acap kali saya ditanya, apakah itu Madani? Seolah-olah seperti sesuatu yang baru. Sedangkan teras Madani itu ihsan, yang telah mengakar dalam masyarakat kita.
“Semua tahu dan meraikan kisah saudara Usop, yang terkenal dengan Minyak Hitam Jalanan kerana kisah tular beliau bersama saudara Dicky yang saling berbalas budi,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.









