PETALING JAYA – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi 10 Briged (Para) kini sedang melaksanakan Eksesais Linud Malindo 2026 bersama Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) di sekitar Kem Terendak, Melaka dan Kawasan Am Yan, Kedah.

Eksesais berkenaan berlangsung bermula 26 September hingga 5 Oktober ini, dengan fasa serangan akhir dijadualkan pada 4 Oktober di Kawasan Am Yan, Kedah.

Menurut TDM, segala aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada senario latihan ketenteraan yang dirancang rapi dengan pematuhan mutlak terhadap parameter keselamatan awam.

“Masyarakat dinasihatkan agar kekal tenang dan tidak cemas dengan peningkatan pergerakan anggota tentera bersenjata, konvoi taktikal kenderaan berat serta bunyi letupan terkawal di kawasan berkenaan.