Penonomé, Panama: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 menggegarkan Panama pada Jumaat, menyebabkan bangunan dan jalan raya runtuh di bahagian tengah negara itu, namun tiada laporan mengenai kemalangan jiwa setakat ini.
Menurut Sistem Perlindungan Awam Kebangsaan, gegaran dirasai di seluruh negara Amerika Tengah itu yang mempunyai populasi kira-kira 4.5 juta penduduk.
Di Bandar Panama, kira-kira 200 kilometer dari pusat gempa, suasana panik tercetus apabila orang ramai bergegas keluar untuk menyelamatkan diri dari bangunan pencakar langit yang menjadi mercu tanda bandar itu.
"Saya takut kerana gegaran itu sangat kuat dan berpanjangan. Objek berat seperti almari, katil dan semua peralatan dapur turut bergegar," kata Salomon Andion, 46, kepada AFP selepas keluar dari bangunan 15 tingkat buat kali kedua selepas gegaran susulan.









