saifulaffendy@hmetro.com.my
Sepang: Max Verstappen mahu menjadikan baki perlumbaan musim ini sebagai medan penting buat Red Bull menilai prestasi jentera mereka di pelbagai jenis litar sebelum merangka langkah seterusnya menghadapi musim depan.
Pelumba Red Bull itu mengakui pasukannya masih mempunyai banyak perkara untuk dipelajari dalam beberapa perlumbaan terakhir, terutama selepas menunjukkan peningkatan prestasi sejak kebelakangan ini.
Menurut juara dunia empat kali itu, baki perlumbaan akan memberikan Red Bull peluang memahami dengan lebih baik perkara yang diperlukan dan perubahan yang perlu dilakukan terhadap jentera mereka bagi menghadapi cabaran musim depan.
"Kami akan belajar banyak perkara dalam beberapa perlumbaan akan datang mengenai apa yang kami perlukan dan apa yang kami mahu lakukan dengan kereta ini.






