Ipoh: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah sudah melaksanakan prosedur sewajarnya termasuk berbincang bersama keluarga mangsa buli serta isu murid dipukul guru masing-masing berlaku di Chemor, di sini serta Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, siasatan kedua-dua kes berkenaan diserahkan kepada polis memandangkan mangsa tampil membuat laporan polis.
Beliau berkata, dalam kedua-dua kes, proses pentadbiran sudah diselesaikan PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.
"Ia membabitkan majlis permuafakatan antara PPD, pihak sekolah dan keluarga mangsa bagi mencari jalan penyelesaian terbaik secara situasi menang-menang.








