KUALA LUMPUR – Didakwa sudah berkahwin secara rahsia dengan usahawan Datuk Seri Vida (DSV), penyanyi Datuk Fazley Yaakob menafikan spekulasi yang hangat diperkatakan dalam media sosial.
Fazley atau nama penuhnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkata, dia dan DSV sepakat membina hidup bersama, sekali gus tiada sebab untuk menyembunyikan perkara baik terutama kepada peminat yang mendoakan hubungan mereka.
“Saya suka apabila hadir banyak kata-kata manis serta doa-doa positif kerana setiap perkataan yang baik merupakan satu doa.
“Tapi kalau ada yang cakap kata kami sudah berkahwin, jawapannya tidak benar. Kami belum jadi suami isteri, bertunang pun belum.









