mohdsyazwan@hmetro.com.my
Bandung: Jangan kecam, sebaliknya terus percaya kepada Harimau Malaya.
Itu rayuan pemain sayap negara, Arif Aiman Mohd Hanapi kepada penyokong selepas impian Malaysia untuk mara ke final Piala ASEAN FIFA 2026 berkecai walaupun mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Singapura pada aksi terakhir Divisyen 1 Kumpulan A di Stadium Si Jalak Harupat, di sini, malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia dan Indonesia sama-sama mengumpul tujuh mata serta mempunyai perbezaan gol yang sama, namun Indonesia muncul juara kumpulan selepas menjaringkan 11 gol berbanding sembilan gol yang dihasilkan Harimau Malaya.
Arif Aiman berkata, penyokong tidak seharusnya menghukum pasukan selepas pemain memberikan segala-galanya sepanjang saingan peringkat kumpulan, termasuk mengekalkan rekod tanpa bolos dalam tiga perlawanan.






