mohdsyazwan@hmetro.com.my
Bandung: Sangat sukar untuk dipercayai.
Itu reaksi pemain tengah Harimau Malaya, Paulo Josue terhadap keputusan Indonesia yang meledak sembilan gol ketika menewaskan Bangladesh 9-2, terutama selepas dua jaringan terakhir hadir dalam tempoh hanya dua minit masa tambahan.
Lebih mengundang persoalan, Indonesia yang sudah mendahului 7-2 masih mampu menghasilkan dua gol menerusi Kevin Diks pada minit ke-90+6 dan Mitchell Baker pada minit ke-90+7, sekali gus menjadikan jumlah jaringan mereka sembilan gol.
Pada masa sama, Malaysia sudah menyelesaikan tugas di Stadium Si Jalak Harupat dengan membelasah Singapura 6-0, namun kemenangan besar itu akhirnya tidak mencukupi selepas keputusan dari Jakarta memihak Indonesia.






