Dusseldorf: Petinju Jerman, Agit Kabayel akan membuat pertahanan pertama gelaran dunia heavyweight WBC menentang peninju Albania yang belum tewas, Nelson Hysa di Dusseldorf pada 28 November, kata penganjur, Frank Warren, hari ini.
Kabayel, 34, diisytiharkan sebagai juara WBC selepas Oleksandr Usyk dari Ukraine melepaskan tali pinggang berkenaan pada Jun lalu.
Stadium Merkur Spiel Arena berkapasiti 60,000 penonton di Dusseldorf terletak berhampiran kampung halaman Kabayel di Bochum, namun pertarungan itu berlangsung pada Hari Kemerdekaan Albania dan Hysa, 42, juga dijangka menerima sokongan padu.
"Ini pertarungan yang kami mahu adakan," kata Warren dalam satu kenyataan menjelang acara pelancaran minggu depan, dengan pertarungan itu dijadual disiarkan secara langsung menerusi DAZN.






