SKMM mengingatkan semua pihak agar tidak menghasilkan, memuat naik atau menyebarkan kandungan dimanipulasi yang boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan pihak lain.

PETALING JAYA: Individu menyebarkan kandungan kecerdasan buatan (AI) yang dimanipulasi melalui rakaman Dr Mahathir Mohamad ketika berduka atas pemergian isteri, Dr Hasmah Ali, boleh berdepan tindakan undang-undang, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ia menyusul selepas satu video hitam putih berdurasi 27 saat dimuat naik di TikTok oleh pengguna @vinustudio.my tular, sehingga meraih lebih 745,000 tontonan, 30,200 tanda suka dan ribuan perkongsian.

Klip berkenaan memaparkan bekas perdana menteri itu menyapu air mata, berserta babak ciptaan AI menunjukkan beliau memeluk Hasmah, dengan latar belakang muzik emosi.