Peguam dan aktivis, Siti Kasim sebelum ini berkata beliau enggan sertai parti politik kerana kebebasan untuk menyuarakan pandangan dan bertindak mengikut hati nuraninya amat penting baginya.

PETALING JAYA: Peguam dan aktivis Siti Kasim memutuskan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pimpinan Larry Sng, sekali gus menjadikannya pertama kali menyertai sebuah parti politik.

Siti, yang bertanding sebagai calon bebas pada PRU15, berkata sebelum ini beliau enggan menyertai parti politik kerana kebebasan untuk menyuarakan pandangan dan bertindak mengikut hati nuraninya amat penting baginya.

“Saya bersetuju menyertai PBM kerana kepimpinannya bersetuju menghormati kebebasan itu. Saya akan kekal bebas untuk menyuarakan pandangan dan memperjuangkan perkara yang saya yakini. Prinsip dan suara saya bukan sesuatu yang sanggup saya korbankan demi keahlian politik.