SINGAPURA: Singapura akan mengaktifkan Skim Klinik Kesiapsiagaan Kesihatan Awam (PHPC) dan Skim Subsidi Jerebu (HSS) bermula 12 Okt bagi membantu penduduknya mendapatkan rawatan perubatan berkaitan jerebu.

Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan bahawa klinik yang mengambil bahagian serta semua poliklinik akan menyediakan rawatan pada kadar berpatutan bagi masalah kesihatan berkaitan jerebu.

Ia merangkumi kanak-kanak, warga emas dan rakyat Singapura berpendapatan rendah hingga sederhana sebaik sahaja kedua-dua skim itu diaktifkan.

"Semua warganegara Singapura layak menerima manfaat HSS di poliklinik.