Setiap kali terdengar berita kemalangan di kawasan lampu isyarat di Alam Budiman, U10, Shah Alam, hati pasti gusar.

Kejadian terbaharu pada Jumaat lalu, menyaksikan sebuah lori hilang kawalan akibat masalah brek dan merempuh 11 buah kenderaan ketika menuruni bukit. Pemandu lori terbabit pula didapati positif dadah.

Persoalannya, adakah kawasan itu sudah cukup selamat untuk dilalui pengguna khususnya mereka yang berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau? Sampai bila tragedi seperti ini perlu berlaku?

Bagi pemandu kereta dan penunggang motosikal, berhenti di persimpangan lampu isyarat itu perlu berdoa ‘banyak’ agar dijauhi bencana.