MELAKA: DAP Melaka mencabar kesahihan pindaan Perlembagaan Negeri Melaka yang membolehkan pelantikan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerusi tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Melaka.
Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, pihaknya turut memohon mahkamah mengisytiharkan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang diwartakan pada 27 Ogos lalu sebagai tidak berperlembagaan atas alasan bercanggah dengan struktur asas Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.
Beliau berkata, tindakan itu diambil bukan kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semakin hampir, sebaliknya merupakan langkah yang telah dirancang sejak pindaan berkenaan diluluskan.
Katanya, pihaknya sebelum ini memaklumkan akan meneliti kemungkinan membawa perkara itu ke mahkamah dan menunggu pindaan tersebut diwartakan sebelum memulakan proses undang-undang.









