Khoo Poay Tiong berkata saman hanya difailkan Khamis lalu kerana warta berkenaan disiarkan di laman web kerajaan negeri, baru-baru ini walaupun telah diluluskan, Ogos lalu.PETALING JAYA: Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) Melaka memfailkan saman bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa pindaan Perlembagaan Negeri yang membenarkan pelantikan Adun tanpa melalui pilihan raya adalah tidak berperlembagaan.
Ketua PH Melaka Adly Zahari dan timbalannya Khoo Poay Tiong memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Melaka Khamis lalu, sebelum menyerahkan writ saman kepada setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri hari ini.
Pada sidang media di luar Kompleks Seri Negeri, Khoo berkata beliau memfailkan saman itu atas kapasiti sebagai pengundi Melaka, manakala Adly sebagai Adun Bukit Katil ketika rang undang-undang pindaan berkenaan diluluskan.








