KUALA LUMPUR – Sebanyak 20,000 balang edisi merah jambu Jobbie disasarkan terjual sepanjang kempen tiga bulan menerusi kerjasama sektor perniagaan dan pertubuhan kebajikan, dengan RM20,000 bakal disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna).
Kerjasama antara Jobbie, Lotus’s Malaysia dan Makna itu berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember ini, dengan RM1 daripada setiap balang Pink Wobbly Breast Odyssey disumbangkan kepada Makna.
Jumlah sasaran itu menjadikan aktiviti pembelian produk pengguna sebagai salah satu saluran untuk menggerakkan sumbangan kepada usaha membantu pesakit kanser, khususnya golongan kurang berkemampuan.
Ketua Pegawai Operasi Jobbie Sdn. Bhd., Lorence Khoo berkata, kempen berkenaan bertujuan menjadikan pendidikan kesihatan payudara lebih dekat dengan masyarakat selain menggalakkan orang ramai mengambil tindakan awal.








