Kuala Lumpur: Lee Zii Jia berhasrat meneruskan momentum selepas mara ke separuh akhir Terbuka Artik ketika dia bersiap sedia menghadapi cabaran lebih sengit dalam siri jelajah Eropah.
Pemain profesional itu menunjukkan peningkatan ketara di Vantaa, Finland apabila mara dari pusingan kelayakan hingga ke kelompok empat terbaik sebelum tewas kepada pemain nombor enam dunia dari Denmark, Anders Antonsen.
Pemain nombor 56 dunia itu turut menerima nasihat tepat pada masanya daripada rakan baiknya, Antonsen, yang kemudiannya muncul juara, supaya terus mempercayai kemampuan diri dan meneruskan usaha kebangkitan kariernya.
"Banyak perkara positif yang boleh saya ambil daripada minggu ini — perlawanan demi perlawanan, keyakinan saya semakin meningkat. Saya berharap dapat membawanya ke kejohanan akan datang.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAyeshaSheikMazrul3_325027.png&w=480&output=webp&q=85&we)
