California: Pencuri kargo yang menyasarkan peralatan kecerdasan buatan (AI) bernilai tinggi terkejut apabila hanya menemui muatan pasir selepas melarikan dua treler milik sebuah syarikat trak autonomi, lapor Fortune.

Syarikat berkenaan, PlusAI mengesahkan dua treler itu dicuri dari gudangnya di Fremont baru-baru ini termasuk sebuah treler yang tertera jenama Nvidia.

Walaupun PlusAI menggunakan cip Nvidia dalam teknologi pemanduan kenderaan autonominya, treler berkenaan tidak membawa cip itu sebaliknya dipenuhi 18,144 kilogram pasir.

Kejadian berlaku pada waktu malam sebelum pekerja menyedari kehilangan kedua-dua treler itu pada keesokan paginya.

Pihak berkuasa berjaya menemui semula treler berkenaan pada hari yang sama selepas seorang rakan Naib Presiden Undang-Undang PlusAI terserempak dengan kenderaan itu yang diletakkan di luar sebuah pejabat di Newark sebelum menghantar sekeping foto.