am@hmetro.com.my

Batu Pahat: "Ya... saya memang ada 'psy' (masalah kesihatan mental)," kata penganggur yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana merosakkan cermin kabinet kedai makan dengan batu bata, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Shukri Ramli, 41, mengakui ada masalah mental ketika menjawab pertanyaan Majistret Mustaqim Sukarno, sebelum mahkamah memerintahkannya menjalani pemeriksaan psikiatrik di Hospital Permai, Johor Bahru selama sebulan.

Majistret membuat perintah itu bagi menentukan sama ada tertuduh sesuai untuk dibicarakan atau sebaliknya.

Mustaqim didakwa dengan sengaja membaling sebongkah batu bata sehingga menyebabkan cermin kabinet makanan di sebuah kedai nasi kerabu di Parit Raja, dekat sini, pecah.