Mentega Terbang mula ditayangkan pada November 2021 sebelum KDN mengharamkannya 2 tahun kemudian.KUALA LUMPUR: Seorang saksi pendakwaan dalam perbicaraan jenayah pengarah Mentega Terbang, Khairi Anwar Jailani, serta penerbitnya, Tan Meng Kheng, memberitahu mahkamah bahawa filem itu telah menyinggung dan mengguris perasaannya sebagai orang Islam.
Dalam pernyataan saksinya, Yamna Ismail, 39, berkata beberapa babak menyentuh soal akidah, penjelmaan semula (reincarnation), prasangka, sikap dwistandard terhadap Islam, serta perbandingan agama telah menyinggung perasaannya.
“Saya amat tersinggung kerana filem ini secara terang-terangan menghina, memperlekeh, mempersenda dan memperolok-olokkan agama Islam,” kata Yamna, seorang suri rumah.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-121026-43_524060.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
