am@hmetro.com.my

Tawau: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mengedar lebih 11 kilogram (kg) methamphetamine kg) di kawasan stor pejabat sebuah syarikat bas ekspres di Jalan Damai, di sini, bulan lalu.

Mohd Azlan Muslimin, 31, mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki tempatan yang tidak mempunyai pekerjaan itu didakwa mengedar methamphetamine seberat 11,155.22 gram, kira-kira 9.30 pagi 19 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.