Kerja pembinaan sebuah stesen sistem transit rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura yang dijangka mula beroperasi pada pertengahan Februari. (Gambar RTS Link)PETALING JAYA: Kerajaan perlu meneliti tiga aspek utama dalam pelaksanaan sistem transit aliran autonomi bertingkat (e-ART) bagi menangani kesesakan lalu lintas di Johor Bahru, menurut sebuah badan pemikir pengangkutan.

Pengarah Eksekutif MY Mobility Vision, Rahman Hussin, berkata aspek itu merangkumi kapasiti penumpang, kos operasi dan penyelenggaraan jangka panjang serta kesan terhadap aliran trafik sedia ada, khususnya ketika pembinaan dan di persimpangan utama.

Katanya, kerajaan perlu mengenal pasti jumlah penumpang yang dijangka menggunakan sistem berkenaan, terutama pada waktu puncak, selain memastikan kapasiti kenderaan dan kekerapan perkhidmatan mampu menampung permintaan.