Bulan lepas, sewaktu rancak berbual ketika minum petang, seorang rakan menerima kiriman WhatsApp daripada anak lelakinya yang menuntut di sebuah universiti awam di utara tanah air.

Mesejnya cukup ringkas dan berbunyi ‘Mama, boleh pinjam RM50?’. Menurut si anak yang berusia 19 tahun, dia mahu meminjamkan duit tersebut kepada rakannya yang tidak ikut serta keluar makan kerana ketiadaan wang.

Mengikut cerita, rakan anaknya melakukan kerja sambilan bagi menampung perbelanjaan di kampus sebelum ini, namun dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar bagi menumpukan perhatian terhadap peperiksaan akhir.

Dengan baki di tangan sebanyak RM1.06, ada pelajar terpaksa mengalas perut dengan mi segera rakan-rakan atau ‘berpuasa’ sebelum elaun dikreditkan pada hujung bulan.