PETALING JAYA – Isu kematian sunyi bukan lagi satu fenomena asing, malah mula mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia termasuk Malaysia terutama yang melibatkan golongan warga emas.
Fenomena ini merujuk kepada situasi individu meninggal dunia bersendirian di kediaman mereka tanpa disedari oleh sesiapa, sehinggakan ada mayat yang hanya ditemui selepas beberapa hari, minggu, atau bulan.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025 pula, daripada keseluruhan 4.1 juta rakyat berusia 60 tahun dan ke atas, hanya kira-kira 600,000 orang memenuhi lima kriteria ‘penuaan sihat’.
Mereka ini dikategorikan dalam penuaan sihat kerana mempunyai sokongan sosial yang tinggi, tidak ada kekangan kognitif, bebas daripada kemurungan, mampu berdikari serta bebas penyakit kronik atau berpenyakit kronik yang terkawal.






