KAJANG – Hati seorang ibu mana yang tidak hancur apabila dimaklumkan anaknya terlibat kemalangan, namun lebih memilukan apabila dia bergegas ke lokasi kejadian tanpa mengetahui bahawa insan tersayang itu sebenarnya sudah meninggal dunia.
Itulah detik menyayat hati dipercayai dilalui ibu kepada seorang pemuda, Muhammad Arifat Shaion, 23, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 13.1 Lebuh Raya Cheras-Kajang, petang semalam.
Kisah tersebut menjadi perhatian selepas satu rakaman video tular memaparkan wanita berkenaan tiba di lokasi kejadian dengan membonceng motosikal seorang penghantar makanan selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas






