am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dipercayai dicabul seorang lelaki dikenalinya di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Cheras.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Lim Chun How, berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada 29 September lalu berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, suspek adalah lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an.

"Polis mengesahkan menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kejadian cabul terhadap anak lelakinya.