am@hmetro.com.my

Jerlun: Objek dipercayai bom tangan ditemui di kawasan tepi pantai berhampiran tapak perkhemahan Kampung Jeruju, dekat sini, semalam.

Berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota daripada Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu yang diketuai oleh Asisten Superintendan Salimi Ishak bergegas ke lokasi berkenaan.

Polis Kedah memaklumkan, hasil pemeriksaan lanjut di lokasi, pasukan UPB menemui satu objek berbentuk bom tangan.

"Siasatan lanjut mendapati objek itu adalah bom tangan jenis TAG-67M yang digunakan bagi tujuan latihan.