PUTRAJAYA – “Dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) dah semakin sihat, dia boleh cakap, dia mahu makan. Jadi, bolehlah dikatakan hampir sama seperti dahulu,” kata Datin Paduka Marina Mahathir.
Beliau yang juga anak sulung Dr Mahathir berkata, bapanya kini boleh dikatakan semakin ‘aktif’ berbanding dua minggu lalu terutama selepas pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali.
“Dia lebih aktif sikit dan lebih bersemangat. Kini, dia masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dan belum boleh dibenarkan pulang ke rumah lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tahlil Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di sini hari ini.
Ditanya sama ada beliau dan ahli keluarga yang lain sudah boleh menerima pemergian Allahyarhamah, Marina berkata, pada awalnya masih sukar menerima kenyataan berbanding sekarang.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2F101f2f46828676a44d47cb8b70ff3060.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

