Ahli perniagaan, Hoh Peng Onn, 47, dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana memukul bekas teman wanitanya sehingga mengalami cedera, dua tahun lepas.PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memukul bekas teman wanitanya sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata serta badan, dua tahun lepas.

Majistret Amira Sariaty Zainal menjatuhkan hukuman itu terhadap Hoh Peng Onn, 47, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

"Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan hari ini. Tertuduh juga perlu membayar wang pampasan berjumlah RM5,000 kepada mangsa dengan mengambil kira kesan trauma, kecederaan dan emosi yang dialami mangsa," kata Amira Sariaty.