surayaroslan@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bekas pegawai agensi penguatkuasaan itu diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan merompak seorang ahli perniagaan warga China, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang membebaskan dua pegawai SPRM, Muhamad Haffiz Mohd Radzi, 36, dan Mohd Fahmee Mohamad Nor, 44, serta bekas pegawai agensi itu Azwan Asli, 41, selaku responden.
"Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf kerana memutuskan elemen ketakutan tidak dapat dibuktikan walhal elemen itu wujud, oleh itu rayuan pendakwaan dibenarkan.








