PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas didapati bersalah mencederakan bekas teman wanitanya, dua tahun lalu.
Majistret Amira Sariaty Zainal menjatuhkan hukuman itu terhadap Hoh Peng Onn, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh membayar pampasan RM5,000 kepada mangsa, Liaw Ju Shuang, 28, dengan mengambil kira trauma serta kesan kecederaan dan emosi yang dialaminya.
Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini.









